TASLY DANSHEN Jimat Sehingga 40% berakhir pada 30/8/2024

Hari
Jam
Minit

Enjoy FREE DELIVERY min spend of RM 135* (WM) *T&C Apply *T&C Apply *T&C Apply

Latest Blog

Aduhh..Gatalnya Ekzema..

Hand dermatitis boleh dikatakan antara masalah kulit yang selalu kita pernah lihat. Sekurang kurangnya 1 dalam setiap 20 orang boleh dapat hand dermatitis ini. Kebiasaannya mereka datang dengan masalah kulit di tangan yang sangat kering, bersisik, merah, panas, sakit dan kulit merekah.

Siapa yang berisiko untuk mendapat hand dermatitis ini?

1. Mereka yang mempunyai masalah ekzema sejak kecil (atopic eczema) .

2. Pekerja yang memerlukan mereka mencuci tangan dengan kerap seperti tukang masak, tukang gunting rambut, doktor, nurse, dll.

Hand dermatitis boleh juga terjadi disebabkan oleh bahan chemical seperti sabun, detergent.

Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu alahan dengan alergen yang mereka sentuh seperti pewangi, dye rambut, getah, besi dan sebagainya.

Walaubagaimanapun kebanyakannya terjadi tanpa sebab yang diketahui. Cara untuk anda tahu anda allergic terhadap sesuatu bahan adalah dengan melakukan patch test.

👉 Tangan yang terkena hand dermatitis ini selalunya kering dan mengelupas, merah, pedih sakit dan panas, serta kadang-kadang pecah/crack dan berdarah bila mereka cuba untuk tegakkan jari jemari. .

👉 Rawatan yang diperlukan selalunya ialah dengan menghindari alergen atau bahan yang mereka alergi dan harus kerap menggunakan pelembap.

👉 Secondary bacterial infection juga boleh berlaku dan mereka ini mungkin memerlukan antibiotic dalam bentuk sapuan atau makan. Krim steroid juga boleh melegakan keradangan yg berlaku. Untuk mengurangkan rasa gatal, ubat antihistamine juga akan diberikan oleh doktor.

Jika keadaan kulit sangat teruk, mereka mungkin perlu juga mengambil ubat steroid secara oral atau ubat lain yang boleh mengurangkan radang .

Sekarang anda sudah faham serba sedikit tentang hand dermatitis. Sebarkan pada rakan-rakan atau keluarga anda yang ada masalah hand dermatitis ini ya. Harapnya info ini boleh membantu.

Share:

More Posts

Iswanah Supergel dan 5 Tanda Sakit Lutut

Sakit lutut adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang, tidak kira usia atau latar belakang. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti kecederaan, penuaan,